Bahagian Penguat Kuasa
Prosedur Permohonan Permit Sementara Bahagian Penguat Kuasa MajlisDaerah Luar Bandar Sibu (Siar kaki, Parkir lot, Kawasan lapang, Perniagaan Bbq/Burger).
Antara Dokumen Rujukan bagi proses prosedur ini :
Proses Kerja Permohonan Permit
Prosedur ini digunapakai semasa Proses Permohonan Permit Sementara.
BERIKUT ADALAH MERUPAKAN TERMA DAN SYARAT BAGI SETIAP AKTIVITI PERNIAGAAN DI BAWAH BIDANG KUASA PENGUAT KUASA MAJLIS :-
I. TERMA DAN SYARAT PERMOHONAN MENGGUNAKAN KAWASAN KAKI LIMA PREMIS :
II. TERMA DAN SYARAT BAGI PEMASANGAN TANJAKAN (RAMP) SIMEN/BESI/KAYU DI ATAS PARKIR KENDERAAN DALAM KAWASAN PENTADBIRAN MDLBS UNTUK TAHUN 2024 :
III. TERMA DAN SYARAT BAGI AKTIVITI PERNIAGAAN BBQ, BURGER, FRIED CHICKEN :
Kesemua Borang Permohonan Permit Sementara seperti (Permit Kaki Lima/Siar Kaki, Permit Penggunaan Tanjakan/Ramp,Kawasan lapang & Perniagaan Bbq, Burger dan Fried Chicken) adalah menggunakan BKP(L)-03/K10 - Borang Permohonan Permit.
(Klik Pautan Bewarna Biru untuk muat turun terus Borang)
Antara Dokumen Rujukan bagi proses prosedur ini :
Proses Kerja Permohonan Permit
Prosedur ini digunapakai semasa Proses Permohonan Permit Sementara.
BERIKUT ADALAH MERUPAKAN TERMA DAN SYARAT BAGI SETIAP AKTIVITI PERNIAGAAN DI BAWAH BIDANG KUASA PENGUAT KUASA MAJLIS :-
I. TERMA DAN SYARAT PERMOHONAN MENGGUNAKAN KAWASAN KAKI LIMA PREMIS :
- Pemohon hendaklah mengisi lengkap borang permohonan yang telah disediakan.
- Semua kawasan/ruang kaki lima diklasifikasikan sebagai tempat awam di mana orang ramai mempunyai hak untuk melalui ruangan tersebut.
- Larangan untuk mempamerkan barang-barang di atas kaki lima adalah termaktub di bawah By-law 26(1), The Local Authorities (Cleanliness) By-laws 1999. Kegagalan mematuhi arahan ini boleh didenda atau dipenjara ataupun kedua-duanya sekali.
- Polisi Majlis membenarkan penggunaan kaki lima untuk mempamer barang-barang dalam jarak 3 kaki daripada bahagian hadapan kedai dengan tanpa sebarang caj yang dikenakan. Tindakan tegas akan diambil terhadap penyalahgunaan Polisi Majlis ini.
- Bagi ruang kaki lima yang dipohon, laluan keluar/masuk tidak boleh ditutup atau dihalang dengan apa juga barang-barang. Peniaga hendaklah meninggalkan ruang selebar 4 kaki bagi kegunaan laluan orang awam.
- Penggunaan melebihi 3 kaki akan dikenakan bayaran sebanyak RM50.00 untuk satu lot kedai dan sekiranya digunakan secara bertentangan bayaran untuk kedua-dua ruang akan dikenakan bayaran sebanyak RM100.00 untuk satu lot kedai. Manakala bayaran bagi corner lot adalah sebanyak RM100.00 untuk satu lot.
- Aktiviti promosi yang berorientasikan komersial seperti roadshow, pemeriksaan kesihatan berasaskan produk dan lain-lain di sepanjang laluan kaki lima adalah dilarang.
- Tiada struktur kekal dibina sepanjang bahagian di hadapan dan di belakang kaki lima.
- Dilarang menyimpan/meletak/dijadikan tempat simpanan/menjual ternakan hidup (contoh : ayam, itik, kucing, anjing dll) dan baja organik atau bukan organik di sepanjang laluan kaki lima.
- Permohonan hendaklah dikepilkan bersama dengan salinan trade license.
- Permit hendaklah dibayar sebulan sekali atau 3 bulan sekali dalam tempoh setahun.
- Bahagian Penguat Kuasa Majlis berhak menjalankan pemantauan ke atas penggunaan ruang kaki lima di premis anda dari masa ke masa.
II. TERMA DAN SYARAT BAGI PEMASANGAN TANJAKAN (RAMP) SIMEN/BESI/KAYU DI ATAS PARKIR KENDERAAN DALAM KAWASAN PENTADBIRAN MDLBS UNTUK TAHUN 2024 :
- Kawasan tempat letak kenderaan yang disewa untuk pemasangan tanjakan hendaklah berada dalam keadaan kemas dan bersih setiap sesi perniagaan. Aktiviti-aktiviti pembersihan premis dilakukan setiap kali selepas setiap sesi perniagaan.
- Pemasangan tanjakan hanya dibenarkan di hadapan dan lorong belakang premis berkaitan mengikut kesesuaian.
- Dilarang menyimpan atau meninggalkan apa-apa jua benda atau barang di atas tanjakan selepas masa perniagaan (kedai tutup).
- Dilarang meninggalkan, membuang, menumpah atau menabur apa-apa darah, buangan cecair, cecair kotor/berbau, batu, pasir, tanah atau lain-lain benda yang mengganggu atau benda kotor dari apa-apa jenis barang/benda di atas/bawah tanjakan sepanjang masa.
- Permit bagi penggunaan tanjakan akan dikeluarkan oleh pihak Majlis dengan dikenakan bayaran sebanyak RM150.00 di Sibujaya dan RM60.00 di Kemuyang/Bougenvilla/Pine Seduan/Durin/Stapang/Selangau untuk satu (1) tempat letak kereta sebulan. Manakala untuk bayaran deposit pula ialah sebanyak RM3000.00 (tanjakan simen) dan RM500.00 (tanjakan besi/kayu) akan dikenakan untuk sebuah premis.
- Tanjakan tersebut WAJIB dirobohkan sekiranya pemilik permit tidak menjalankan perniagaan lagi di premis berkenaan. Sekiranya arahan ini tidak dipatuhi, wang deposit TIDAK akan dikembalikan.
- Pihak Majlis berhak untuk membuat sebarang pindaan dan menarik balik kebenaran sekiranya syarat-syarat dilanggar dan pihak Majlis berhak untuk membatalkannya.
III. TERMA DAN SYARAT BAGI AKTIVITI PERNIAGAAN BBQ, BURGER, FRIED CHICKEN :
- Semua pengusaha gerai hendaklah menjaga kebersihan diri dan sentiasa mematuhi SOP sepanjang beroperasi.
- Pemilik gerai mesti menghadiri Kursus Pengendalian Makanan yang disediakan oleh Majlis.
- Kadar/bayaran Permit Perniagaan Sementara ialah sebanyak RM50.00 sebulan dan permit tersebut perlu diperbaharui setiap 3 bulan.
- Tumpahan minyak masak semasa operasi adalah sama sekali.
- Tidak ada struktur yang ditinggalkan/disimpan di tempat awam selepas waktu operasi tamat.
- Aktiviti tersebut hanya boleh dijalankan selepas waktu pejabat.
- Pihak Majlis berhak membuat sebarang pindaan ke atas terma & syarat seperti di atas pada bila-bila masa sahaja.
Kesemua Borang Permohonan Permit Sementara seperti (Permit Kaki Lima/Siar Kaki, Permit Penggunaan Tanjakan/Ramp,Kawasan lapang & Perniagaan Bbq, Burger dan Fried Chicken) adalah menggunakan BKP(L)-03/K10 - Borang Permohonan Permit.
(Klik Pautan Bewarna Biru untuk muat turun terus Borang)