picture
 

Latar Belakang MDLBS


 

Keseluruhan kawasan pentadbiran Majlis Daerah Luar Bandar Sibu [MDLBS] terletak di dalam Bahagian Pentadbiran Daerah Sibu yang berkeluasan 5,869.35 kilometer persegi selepas kemasukan Daerah Selangau ke dalam kawasan jagaan MDLBS pada tahun 2002. 

Pada awal penubuhan Majlis ini, kawasan MDLBS dibahagi mengikut sistem wad, di mana pada asalnya terdapat 22 wad. Walaubagaimanapun, disebabkan oleh kajian semula khas ke atas pembatasan kawasan sempadan, wad 16 (kawasan jagaan yang berhampiran sempadan Majlis Perbandaran Sibu) telah dimasukkan kepada kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Sibu pada tahun 1981. Begitu juga Wad 1, di mana kawasan yang dikenali sebagai Kawasan Igan juga diambil-alih secara rasminya oleh Majlis Daerah Matu-Daro pada Oktober, 1991. Oleh demikian, kawasan pentadbiran MDLBS kini telah dikurangkan kepada 20 wad, namun begitu keluasan kawasan adalah 25 kali ganda luasnya jika dibandingkan dengan kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Sibu.