Peta Laman | Maklum Balas | Mobile Web
                BM | ENG     oku + +- -

 

SINGLE SIGN ON
» Email
» eRNDO
» eMS


SERVIS ONLINE
tali-khidmat
pay-bill
ebook
admin-button


HYPER LINKS
mampu
kktpk
swk
 
1msia swak1 hotmat one-gov

APLIKASI TALIKHIDMAT

ios
android


1.
Memberi respon kepada pengadu dalam tempoh dua puluh empat (24) jam dan status perlaksanaan tindakan ke atas aduan dalam tempoh tidak melebihi tiga (3) hari bekerja dan tarikh aduan diterima.
2.
Permohonan pelan bangunan yang lengkap akan diproses dan dikemukakan kepada agensi luar/seksyen dalaman yang berkaitan untuk ulasan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja.
3.
Pelan bangunan dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Majlis dalam tempoh tidak melebihi empat belas (14) hari bekerja selepas mendapat kelulusan dari semua agensi yang berkaitan untuk kelulusan.
4.
"Occupation Permit" hendaklah dikeluarkan dalam tempoh (2) hari bekerja.
5.
Semua tuntutan bayaran dibayar dalam tempoh sepuluh (10) hari bekerja.
6.
Sampah domestic dikutip sekurang-kurangnya dua (2) kali seminggu dan mengikut jadual kutipan yang di tetapkan oleh Majlis.
7.
Buku baru yang diperoleh melalui perolehan Pihak Berkuasa Tempatan dan pinjaman berkelompok diproses dan dipamerkan untuk pinjaman dalam tempoh dua (2) bulan dari tarikh penerimaan.
8.
Mengambil tindakan susulan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja ke atas setiap kesalahan / pelanggaran undang-undang.
9.
Keputusan permohonan lessen perniagaan dikeluarkan dalam masa tiga (3) hari bekerja.
10.
Bil cukai taksiran dihantar kepada pelanggan selewat-lewatnya pada 30 April dan 30 September pada setiap tahun.
11.
Minit Mesyuarat Majlis hendaklah disediakan dan diedarkan dalam masa tujuh (7) hari bekerja.
12.
Sekurang-kurangnya 95% pegawai Gred 22 dan ke atas menghadiri latihan sekurang-kurangnya 42 jam setahun.
13.
Melaksanakan program pembangunan komuniti bersama penduduk/badan bukan kerajaan mengikut jadual yang dirancang dan dapat dilaksanakan 85% dalam tahun semasa.
14.
Sekurang-kurangnya 85% jumlah projek pembangunan yang dilulusakan siap dilaksanakan dalam tahun semasa.